Tuesday, November 25, 2008

Majlis Berkhatan Anak Sedara Properd A-tone 15 Nov 2008

Sempena Cuti persekolahan ini satu majlis berkhatan telah di adakan di rumah Properd A-tone di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh.

Tuan Rumah - Properd A-tone


Acara gelek perut..




Sengal!!!


Gathering TEBO @Turbo

Dijemput semua warga Properd Shah Alam utk memeriahkan acara ini......


Salam kepada semua warga Properd!!!!! Maafkan saya kerana lama tak masuk forum dan tak updatekan event ni. Jutaan terima kasih khususnya kepada saudara Bongek kerana tolong updatekan thread ni dan amnya kepada semua warga Properd yang letak nama untuk datang memeriahkannya. Saya updatekan lagi sekali:

TEMPAT CADANGAN : PARKING STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

TARIKH CADANGAN : 30 NOVEMBER 2008

MASA CADANGAN : 9.00 PAGI HINGGA TURBO PECAH

berikut adalah aturcara sepintas lalu.......
0900 - 1000 = semua warga Properd berkumpul dan acara susun kenderaan bermula.
1000 - 1100 = suai kenal di antara ahli Properd (acara belek2 kereta le)
1100 - 1200 = acara bergambar oleh majalah kereta tempatan untuk buat cover story kelab dalam majalah tersebut dan juga acara bergambar untuk untuk diletakkan di dalam forum Properd.
1200 = acara dijangka selesai


PERHATIAN!!!!! WAJIB.....SETIAP AHLI YANG BERNADIKAN TURBO ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK MENAYANG NADI ENJIN KERETA ANDA UNTUK DIAMBIL GAMBAR BERSAMA OWNER DAN DIMASUKKAN DI DALAM FORUM.



p/s: Yang paling penting semua ahli PROPERD di jemput walau apa enjin sekalipun yg anda pakai.

Tuesday, November 18, 2008

Majlis Tahlil Arwah Aidi n Nyatt 14 Nov 2008

Satu majlis bacaan Yassin & Tahlil telah di adakan di Pejabat Properd. Properd Shah Alam telah bersama-sama menjayakan majlis ini antara yg hadir MunzE3, Bob, LanVr4, Awie18, AngahPj, Hairi, Wan Ketam, Limey & Sani

Mcm kena nikah paksa jer..



Monday, November 17, 2008

NOTIS MESYUARAT AGUNG BIL.5/2009

Merujuk perkara di atas.... Semua ahli Properd yg berpengkalan di Shah Alam aka Qaseh diMESTIkan hadir ke Mesyuarat Agung ini. Harap mendapat kerjasama dari semua ahli. Kehadiran anda semua untuk PROPERD juga. Sila sms kan kehadiran anda. Tq



NOTIS MESYUARAT AGUNG BIL.5/2009

Ahli-Ahli
Kelab Pemilik Proton Perdana Kuala Lumpur & Selangor ( PROPERD ).

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB PEMILIK PROTON PERDANA KUALA LUMPUR & SELANGOR (PROPERD) KE-5/2009.

Dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan/puan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5/2009 akan diadakan :


Pada
29 November 2008 ( Sabtu )
Jam
1.00 petang
bertempat di
Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Soshial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

2. Agenda Mesyuarat Agung Ke-5 adalah seperti berikut :-
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Ke-4/2008
2.3 Pembentangan laporan aktiviti 2008
2.4 Laporan Kewangan berakhir pada 31 Oktober 2008
2.5 Perkara-perkara berbangkit
2.6 Peletakan Jawatan oleh AJKT 2008
2.7 Pemilihan AJKT 2009 ( SPR )
2.8 cadangan dan perancangan 2009
2.9 Hal-hal lain

3. Ucapan Penangguhan.

Sekian dimaklumkan.

PEMANGKU SETIAUSAHA KEHORMAT
KELAB PEMILIK PROTON PERDANA
KUALA LUMPUR & SELANGOR (PROPERD)
2008.

Thursday, November 13, 2008

Bapa Mertua Properd Pejol Kembali Kerahmatullah 13 Nov 2008

AL-FATIHAH,

Kami Properd yg berpengkalan di Shah Alam aka Qaseh mengucapkan salam takziah atas pemergian bapa mertua Properd Pejol. Semoga arwah bapa mertua beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Salam Takziah sekali lagi.

Properd Amin Shah Alam Kemalangan 11 Nov 2008

Semoga semua ahli-ahli Properd berhati-hati ketika memandu.
Berhati-hati di Jalanraya. Elakkan kemalangan.


Tuesday, November 11, 2008

New Member Nov 2008


Ni ler wajah org baru.. dari JB ni

Ni Ikram dah bertahun baru dapat ticker belakang

Ikram tersenyum bangga menjadi ahli Properd

Hattori <--- org jepun celup

Tuan Sheikh yg kena roadbully

Monday, November 10, 2008

Sunday, November 9, 2008