Friday, October 31, 2008

Rumah Terbuka Tempua - 24 Okt 2008

Sebanyak 18 buah kereta Properd Shah Alam telah mengadakan nite drive ke Tempua, sempena rumah terbuka tempua. Kedatangan kami hanya disambut oleh PakTam tuan punya Restoran tempua.


Man Crown menung nak makan apa

The Zool kekenyangan

Jauh perjalanan kita ni 2 jam baru sampai

Apa tak 2 jam bro, kita dari melaka tadi

Rumah Terbuka Tempua - 24 Okt 2008





Rumah Terbuka RTM (Aidil Fitri) - 22 Okt 2008

Sempena Aidil Fitri 2008, RTM telah menjemput Properd bagi memeriahkan sambutan Aidil Fitri.





Thursday, October 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Open House Properd Klang

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2008.....
Pada 25 Okt 2008, satu majlis rumah terbuka Properd Klang telah diadakan di Komplex Sukan Pedamaran Klang. Kami dari Properd yg berpengkalan di Shah Alam telah turut serta memeriahkan majlis tersebut antaranya Hairie, Angah PJ, Are-Boy, Awie18, Hafiz EXE dan Sani. Bersempena majlis tersebut Tuan Prez telah meluangkan masa utk menampal sticker ahli baru kita Hafiz EXE. Pada majlis itu juga satu derma kilat telah dilancarkan bagi membantu rakan Properd Perak yg telah ditimpa bencana alam(banjir) dan hasil kutipan telah diserahkan kepada wakil Properd Perak. Terima kasih diucapkan pada yg meluangkan masa memeriahkan program ini.





Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Open House Properd Klang





Wednesday, October 29, 2008

Majlis Ramah Mesra PROPERD & Perdana TT-EVO

Kepada semua Properd Shah Alam digalakkan untuk menghadirkan diri pada tarikh dan masa yg telah dipersetujui oleh PM Event ini...



Assalamualikum.. semua...
Setelah mendapat perkenan dan keizinan daripada AJKT PROPERD maka dengan ini saya ZACK MEDIA akan membuat satu sesi beramah mesra @ TT bersama-sama dengan kelab WWW.PERDANA-TT-EVO.COM.
Dan setelah berbincang dengan pengerusi kelab tersebut maka kata sepakat telah tercapai dan satu tarikh,masa dan tempat telah di persetujui untuk mengadakan sesi beramah mesra @ TT ini

Tarikh tersebut adalah seperti di bawah ini.
TARIKH :- 8/11/2008
HARI :- SABTU MALAM AHAD
MASA :- 8.30 NINGGA SEMUA DAH NAK BALIK
TEMPAT :- DI QASEH BISTRO S.ALAM

Monday, October 20, 2008

Majlis Aidilfitri Di Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah 19 Okt 2008

Pada 19 Oct 2008, Properd Shah Alam bersama-sama menjayakan Majlis Aidil Fitri bersama anak yatim. Dengan kehadiran anda semua membuatkan majlis begitu meriah sekali.





Majlis Aidilfitri Di Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah 19 Oct 2008





Open House Raya 2008!!!!





Open House Raya 2008!!!!!





Monday, October 13, 2008

New Member - Joe Army






Majlis menampal sticker Properd Joe Army (bertopi merah- biasa pakai topi askar) telah diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Maka bermulalah kehidupan Joe Army sebagai ahli Properd. Syabas diucapkan