Konvoi PROPERD!!! Peserta konvoi berhenti di Petronas Karak Pasar Payang Anak-anak yatim begitu gembira mengikuti konvoi Berhenti di Pantai Batu Buruk
Sempena Sukma 2008 pada 30Mei -1 Jun, satu konvoi perarakan bendera Wilayah telah diadakan. Sebanyak 28 buah kereta ahli PROPERD telah menyertai konvoi ini dengan diiringi anggota polis traffik sepanjang perjalanan. Konvoi ini antara yg terbaik pernah diadakan.
Terutama kepada wan7518, Nusi, Yusmawi, LanVR4 juga pada yang setia setiap minggu EdiTT, MunzTT, Apul24, Man Crown, Man Kemuning, Zack5050, ZulEvoII, Jey, Kurt, Man20, Hairie dan semua yg menjayakan uTT...
Alhamdullilah..... Syukur kepada Allah SWT... Dengan restu dari pihak pengurusan PROPERD, maka pada May 2008 dengan rasminya bertapaklah PROPERD di Shah Alam. Lokasi uTT yang telah dipilih adalah di Qaseh Bistro, di tepi Lebuh Raya Persekutuan, bersebelahan dengan Tesco Xtra (dahulu Makro). uTT pertama yang diadakan mendapat sambutan agak menggalakkan dari ahli-ahli Shah Alam dan kawasan berhampiran. Diharap keakraban antara ahli-ahli PROPERD Shah Alam khususnya dan kesinambungan persahabatan antara ahli-ahli seluruh Malaysia amnya akan berkekalan. Kami di sini juga tidak lupa mempersilakan/ menjemput semua ahli-ahli PROPERD di seluruh Malaysia dapat ber uTT di Qaseh Bistro Shah alam bila ada kelapangan.
Blog ini merupakan blog PROPERD Shah Alam yang ber uTT di Qaseh Bistro. Kami di Shah Alam amat mengalu-alukan pendaftaran ahli-ahli baru. Sila hubungi no tertera untuk pendaftaran 019 3605159 - Sani, 0126939877 EdiEvo - Jika anda berada di luar Shah Alam sila ke laman utama www.properd.net